Long Tiger tidak mustahil sembunyi di Melaka - Utusan Malaysia

Long Tiger tidak mustahil sembunyi di Melaka

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lelaki Rohingya digelar Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, dekat sini kelmarin tidak mustahil bersembunyi di Melaka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, faktor sempadan daerah Tangkak dan Melaka yang dekat berkemungkinan mendorong Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 33, lari ke negeri itu.

“Long Tiger dari Penjara Sungai Udang dibawa untuk tuduhan di Mahkamah Majistret Tangkak. Memang Tangkak dan Melaka bersempadan.

“Itu yang Long Tiger kemungkinan lari ke sana dan Ketua Polis Melaka juga ada buat kenyataan mengenai perkara itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan orang tahanan lari.

“Polis Johor juga sedang mengambil tindakan susulan (tetapi) bukan gantung, bukan tahan kerja,” kata Ayob Khan.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi Rabu lalu, Long Tiger berjaya meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Pada 8 Ogos lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengurung dan mengugut pekerjanya di Jalan Gambir 7, Bandar Baru Bukit Gambir di Tangkak.

Pada hari sama, Long Tiger turut membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 kerana merogol seorang gadis berusia 21 tahun di Taman Sri Jaya Bukit Gambir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya