Lelaki ditahan buang sampah di lokasi tidak dibenar - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan buang sampah di lokasi tidak dibenar

Lori yang dibawa mampu mengisi tiga tan sisa sampah, namun pemandunya memilih untuk melupuskan sampah sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan penguat kuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Taktik pemandu lori melupuskan sampah sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan penguat kuasa tidak bertahan lama apabila ditahan penguat kuasa SWCorp Wilayah Persekutuan di Jalan Kubur, Taman Murni, Kepong semalam.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Binti Shuib berkata, ketika diserbu, pemandu lori jenis Isuzu itu leka melonggokkan sisa pepejal terkawal di lokasi yang tidak dibenarkan.

Menurut beliau, lori itu boleh membawa tiga tan sisa sampah, namun menggunakan taktik membawa sedikit demi sedikit sebelum membuangnya di situ.

“Kawasan di Jalan Kubur itu dikenal pasti antara ‘hot spot’ pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur sejak tahun 2019,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kerana melonggokkan sisa pepejal terkawal di kawasan yang tidak dibenarkan.

Ummi Kalthum berkata, jika sabit kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya