Kak Nah Karipap pusing sejuk beku dapat sambutan - Utusan Malaysia

Kak Nah Karipap pusing sejuk beku dapat sambutan

KAMSINAHJ Hashim @ Yasin, menghasilkan karipap pusing sejuk beku dan mini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sambutan menggalakkan dari pembeli mendorong pengusaha Kak Nah Karipap, Kamsinah Hashim @ Yasin, 52, untuk menghasilkan karipap pusing sejuk beku dan karipap mini bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini berkata, minat untuk mengusahakan perniagaan berasaskan karipap bermula sejak 12 tahun lalu apabila dia mengikuti bengkel membuat karipap dianjurkan institusi itu.

“Selepas mengikuti bengkel dianjurkan AIM, minat terhadap pembuatan karipap semakin mendalam dan mendorong saya untuk cuba pasarkan produk karipap pusing sejuk beku.

“Dengan bantuan 10 pekerja, Kak Nah Karipap menghasilkan hampir 300 bungkus karipap sejuk beku dan 10,000 hingga 11,000 karipap mini,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, sambutan memuaskan itu juga membawa kepada penghasilan karipap mini yang mendapat tempahan cukup lumayan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

“Bagi jualan Kak Nah Karipap, karipap pusing sejuk beku dijual pada harga RM2 bagi setiap bungkusan yang mengandungi lapan biji karipap.

“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook, Kak Nah Karipap dan Instagram Kak Nah 69 atau hubungi talian 016-9379300,” katanya.

——————————————————————

 

RAHIMAH Sulong menunjukkan pau dihasilkan olehnya.

Pau Rahimah curi tumpuan pelanggan

Mempelajari teknik pembuatan kuih pau daripada adiknya, pengusaha Pau Rahimah, Rahimah Sulong, 59, tidak menjangka perniagaan diketengahkan mencuri tumpuan pelanggan.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, perniagaan Pau Rahimah dimulakan secara kecil-kecilan di rumah sekitar 2008 kini membolehkan dirinya membuka kedai sendiri.

“Pau Rahimah dikenali dalam kalangan penggemar kuih di sekitar Terengganu kerana rasa adunan yang lembut dan intinya yang cukup rasa.

“Pau ini boleh didapati dalam 10 perisa termasuk kacang hitam, kaya, kelapa, ayam, sardin, bilis, strawberi dan nanas dan dijual pada harga 50 sen setiap satu.

“Pau Rahimah juga dijual secara sejuk beku sesuai dengan permintaan pelang­gan dan ia­nya mu­dah disediakan. Harga jualan ada­lah RM6 bagi 10 biji pau,” katanya, ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Untuk tempahan Pau Rahimah boleh hubungi 013-981 9665.

———————————————————————-

 

PRODUK makanan jenama MaheraS yang dihasilkan oleh Halmahera Mat Salleh.

Produk jenama MaheraS terus dapat sambutan pengguna

Pengalaman menceburi kursus pembuatan kicap dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 2014, akhirnya membawa kepada kejayaan buat wanita ini apabila mampu membuka kilang makanan jenama MaheraS.

Akui Sahabat AIM, Halmahera Mat Salleh, 45, perusahaan dimulakan dengan membuat kicap dari dapur rumah dan diedarkan kepada keluarga serta kenalan, kini membolehkan dirinya menghasilkan aneka produk berasaskan sos.

“Antara produk dihasilkan kini adalah sos pencicah tomato, kicap lemak manis, sambal kicap king, cuka makan dan sos tiram dan kesemua produk ini memiliki sijil Halal pada 2019,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Pengusaha HMS Muslim Food Industries itu, produk dihasilkan juga mendapat perhatian kerana pelanggan yakin dengan rasa dan kualiti diketengahkan biarpun dijual pada harga rendah.

“Produk saya dijual serendah RM2 bagi botol 200 gram (g) hingga RM10 bagi rangkaian sos Korea yang baru diperkenalkan dalam pasaran di sekitar Kelantan.

“Untuk tempahan, kunjungi Facebook, Kilang Makanan MaheraS, Halmahera Salleh, Mehara Food dan Instagram hms_muslimfoodindustries atau hubungi, 016-293 2607,” katanya.

————————————————————

 

NURUL Aini Manshor menunjukkan kunci automatik yang dijual di kedainya.

NN Lock Smith pakar perkhidmatan kunci automatik

Bidang perkhidmatan kunci automatik dan manual jarang diceburi masyarakat bumiputera, apatah lagi wanita.

Pengusaha NN Lock Smith And Services di Terengganu, Nurul Aini Manshor, 36, berkata, lazimnya apabila menyebut tentang perniagaan kunci, ramai yang fikir ia hanya berkaitan pembuatan kunci biasa.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, syarikatnya menawarkan kepakaran perkhidmatan kunci automatik yang diselenggara menggunakan sistem komputer.

“Perniagaan ini dikendalikan sejak 10 tahun lalu bersama suami, Mohd Najmi Wahid, 37, dan kini sudah mempunyai dua cawangan NN Lock Smith And Services di Terengganu.

“Selain perkhidmatan penyelenggaraan kunci automatik untuk kenderaan, saya mengetengahkan produk sendiri, iaitu Mr Lock Smith,” katanya,

Untuk tempahan boleh hubungi 016-962 6629 atau kunjungi Facebook, Nn Autokey Services Sdn Bhd – Hq.  – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN