Jentera bomba tenggelam di Lubok China - Utusan Malaysia

Jentera bomba tenggelam di Lubok China

SEBUAH jentera bomba yang membawa tujuh anggota dari Balai Bomba Masjid Tanah, Melaka terperangkap dalam banjir ketika menjalankan operasi mengalihkan pokok tumbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah jentera dan kenderaan utiliti bomba terkandas lebih 14 jam dalam kejadian banjir kilat di Kampung Pengkalan Paoh, Lubok China di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, jentera tersebut membawa seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah yang membuat operasi mengalihkan pokok tumbang. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Soon We Kiang berkata, kesemua anggota terlibat bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri. 

“Kejadian berlaku ketika pasukan sedang mengalihkan pokok tumbang sebelum tiba-tiba air Sungai Lubok China melimpah. 

“Dalam masa singkat, air banjir naik mendadak melebihi dua meter menyebabkan anggota yang berada di situ tidak sempat mengalihkan jentera bomba dan kenderaan utitili terbabit,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua anggota menyelamatkan diri ke bangunan tinggi di Balai Polis Lubok China, namun kawasan tersebut turut banjir. 

Katanya, sehingga pukul 7 petang tadi, jentera tersebut masih belum dapat dialihkan susulan paras air tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya