Jemaah Masjid Baghdad, Gaza mendoakan mangsa banjir di Malaysia - Utusan Malaysia

Jemaah Masjid Baghdad, Gaza mendoakan mangsa banjir di Malaysia

JEMAAH Masjid Baghdad, Gaza mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah Masjid Baghdad di kem pelarian As-Syati’, Gaza tidak melupakan rakyat Malaysia apabila mengadakan solat sunat khusus mendoakan keselamatan mereka yang dilanda musibah banjir.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam satu hantaran malam ini.

“Mereka sangat menghargainya bila kalian menyumbang dan mendoakan mereka tatkala mereka diperangi dan dizalimi. Sebab itu mereka mendoakan kalian apabila mendengar bahawa kalian pula sedang diuji.

“Jemaah Masjid Baghdad di Kem Pelarian As-Syati’, Gaza mengadakan solat sunat khusus mendoakan mangsa banjir di Malaysia dan mengharapkan ujian ke atas rakyat kita diringankan, usai solat Zuhur berjemaah sekejap tadi,” katanya.

Menurut Muhammad Nadir, solat hajat dan doa diimamkan oleh Syeikh Saqr Zaim, imam masjid tersebut.

“Semoga doa mereka di bumi berkat ini meringankan beban kalian,” katanya.

Menurut beliau, pihak CGM juga sedang mengutip sumbangan derma kilat untuk mangsa banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya