Jadual kutip sampah di Selangor turut tejejas - Utusan Malaysia

Jadual kutip sampah di Selangor turut tejejas

LORI Roro KDEBWM mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan perumahan untuk mengutip sampah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susulan banjir luar biasa yang melanda Selangor sejak Sabtu lalu, beberapa kawasan sedang mengalami gangguan operasi kutipan sisa pepejal.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir berkata, daerah yang terlibat ialah Klang, Shah Alam, Kajang, Ampang Jaya dan Kuala Langat.

“Kerja kutipan sampah domestik dan pukal mengalami sedikit kelewatan dan kesukaran disebabkan
terdapat kawasan yang ditutup serta beberapa lori mengalami kerosakan akibat banjir.

“Kami memohon penduduk meletakkan sisa domestik dalam tong sampah atau kebuk sampah
manakala sampah pukal di hadapan rumah atau di tong roll-on-roll-off (RORO) yang disediakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, operasi kutipan akan dijalankan secara beransur-ansur kerana ia turut bergantung kepada  beberapa jalan ke tapak pelupusan  boleh dilalui.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya