Hujan berterusan dikhuatiri sebab berlaku tanah runtuh di Selayang - Utusan Malaysia

Hujan berterusan dikhuatiri sebab berlaku tanah runtuh di Selayang

KEADAAN tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Seri Laman, Jalan Tib 3 Taman Industri Bolton, Selayang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan selama tiga hari bermula 17 November lalu dikhuatiri menyebabkan berlakunya tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Seri Laman, Jalan Tib 3 Taman Industri Bolton, Selayang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.16 petang semalam oleh penduduk setempat.

Kata beliau, aduan dilakukan selepas penduduk di pangsapuri berkenaan bimbang berlaku runtuhan susulan cuaca mendung di sekitar kawasan, hari ini.

“Pasukan bomba hanya melakukan pemantauan dan kes diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang yang turut hadir di lokasi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dan kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya