Hospital Medan ATM di HSA ditamat operasi - Utusan Malaysia

Hospital Medan ATM di HSA ditamat operasi

Kerajaan mewujudkan hospital medan ATM bagi menampung rawatan pesakit Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Operasi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi merawat pesakit Covid-19 sejak 6 Jun lalu ditamatkan secara rasmi pada 16 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, dalam tempoh operasi enam bulan itu, perkhidmatan hospital berkenaan memberi rawatan kepada 1,592 pesakit Covid-19.

“Hospital Medan ATM HSA  diaktifkan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, dengan kerjasama ATM pada 6 Jun 2021 dan mula menerima pesakit Covid-19 pada 21 Jun 2021.

“Hospital yang terletak di pekarangan HSA ini mempunyai kapasiti sebanyak 60 katil wad dan empat katil unit rawatan rapi (ICU) sebelum 16 katil ditambah untuk menampung bilangan kemasukan pesakit yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh pengoperasiannya, hospital berkenaan dikendalikan seramai 70 anggota ATM dan 74 kakitangan hospital berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya