Hari kelima, tiada mangsa baharu ditemui - Utusan Malaysia

Hari kelima, tiada mangsa baharu ditemui

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam membuat tinjauan sekiranya terdapat mayat pendatang asing yang terdampar di pantai dalam kejadian bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) baki 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didakwa  hilang selepas bot karam di perairan Tanjung Balau, Rabu lalu terus buntu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, operasi yang masuk hari kelima itu tidak menemukan mangsa baru.

“Jumlah mangsa yang disyaki masih hilang kekal 16 orang. Pencarian hari ini diteruskan menggunakan empat aset laut dengan keluasan sektor pencarian  seluas 111 batu nautika persegi.

“Manakala helikopter AW139 Maritim Malaysia akan melaksanakan pencarian udara meliputi sektor carian seluas 76.50 batu nautika persegi,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Menurut beliau, cuaca hari ini masih buruk dengan kelajuan angin  40 hingga 50 kilometer sejam manakala ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter serta ribut petir di beberapa tempat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya