Cabul budak 4 tahun, buruh dijel enam tahun, dua sebatan - Utusan Malaysia

Cabul budak 4 tahun, buruh dijel enam tahun, dua sebatan

SEORANG buruh didakwa atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun minggu lalu di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang buruh dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, minggu lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu turut dijatuhi hukuman dua sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Tertuduh yang juga bapa sepupu kepada mangsa turut diperintahkan oleh Norita untuk berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa  mencabul mangsa dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak itu di belakang sebuah rumah bernombor di Kampung Chulek dekat Gopeng pada pukul 9 malam, 25 Disember lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku semasa mangsa sedang bermain di tepi rumah sebelum dia dipanggil oleh tertuduh ke bahagian belakang rumah yang kemudian memegang badan dan melakukan cabul ke atas kanak-kanak itu.

Mangsa yang menangis telah mengadu kejadian tersebut kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis pada hari sama. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya