Bot nelayan karam: Empat selamat, seorang masih hilang  - Utusan Malaysia

Bot nelayan karam: Empat selamat, seorang masih hilang 

BOT nelayan warga Myanmar yang karam selepas dipukul ombak besar di sekitar 8.3 batu nautika tenggara Kuala Kuantan di Kuantan, Pahang. - GAMBAR IHSAN MARITIM MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat nelayan warga Myanmar hampir lemas apabila bot kelas C yang dinaiki mereka karam manakala seorang masih hilang dan dikhuatiri lemas di sekitar 8.3 batu nautika Tenggara Kuala Kuantan di sini. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Datuk Amran Daud berkata, semua nelayan berkenaan berusia dalam lingkungan 25 hingga 37 tahun.

Menurutnya, empat daripada mereka yang terselamat itu diselamatkan bot nelayan yang berada sekitar lokasi kejadian.

“Pihak Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 4.15 petang semalam, sebaik sahaja Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC)  Kuantan menerima panggilan daripada pemilik bot tersebut yang melaporkan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal bot tersebut karam akibat dipukul ombak laut yang bergelora berserta angin kencang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, bot ronda maritim yang sedang beroperasi di sekitar lokasi berdekatan sudah diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. 

“Operasi mencari disambung semula pukul 7 pagi hari ini, turut melibatkan pesawat udara Maritim dengan keluasan sektor pencarian 178 batu nautika persegi.

“Dari masa ke semasa maklumat turut disalurkan kepada komuniti nelayan tempatan, malah beberapa rakan pemilik bot telah membuat pencarian awal untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai,” katanya.

Sementara itu, katanya, Maritim Malaysia meningatkan kepada komuniti maritim khususnya bot-bot nelayan tempatan supaya berwaspada dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang sedang melanda kawasan pantai timur.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasankegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungiPusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya