Bot karam: Indonesia kenal pasti rakyatnya  - Utusan Malaysia

Bot karam: Indonesia kenal pasti rakyatnya 

Anggota Maritim Malaysia dan bomba melihat pakaian milik pendatang asing yang bersepah selepas bot dinaiki mereka karam di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi semalam. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Indonesia mengenal pasti identiti 13 rakyatnya yang selamat dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau di sini  kelmarin.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru dalam  kenyataan memaklumkan, sembilan daripadanya berasal dari Lombok, manakala masing-masing seorang dari Batam; Pekanbaru; Jember dan Tanjung Balai Karimun.

“Untuk 13 orang warganegara Indonesia yang selamat, ketika ini (mereka) dalam keadaan baik dan masih diamankan (ditahan) di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor.

“Kita akan memastikan hak kekonsuleran, kondisi kesihatan, serta berkomunikasi dengan keluarga mangsa di Indonesia,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian  pukul 4.30 pagi kelmarin, sebuah bot pancung yang membawa 50 rakyat negara itu yang dikenal pasti sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) karam selepas berdepan cuaca buruk.

Tragedi berlaku ketika bot pancung mahu mendarat di Tanjung Balau, Kota Tinggi selepas bertukar lokasi dari Kampung Sungai Tengah selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Seramai 14 mangsa terselamat, namun salah seorang yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia pagi tadi menjadikan jumlah kematian kini mencecah 21 orang iaitu 15 lelaki dan enam wanita.

Sementara itu, KJRI Johor Bahru turut memaklumkan, tiga jenazah mangsa yang terkorban disahkan berasal dari Pekanbaru dan Lombok Tengah. 

Katanya, petugas KJRI Johor Bahru telah berkoordinasi dengan pihak keluarga terlibat untuk proses penghantaran pulang jenazah ke daerah asal mereka di Indonesia.

“KJRI Johor Bahru membuka hotline pengaduan bagi keluarga dan masyarakat yang mencari informasi berkaitan insiden tersebut di talian +6016-7700378 atau +6017-7716866.

“Kami juga ingin mengingatkan rakyat Indonesia agar tidak menggunakan laluan haram untuk menuju atau keluar dari Malaysia demi kebaikan dan keselamatan diri,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya