Bomba selamatkan pekerja pembalakan terperangkap banjir - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan pekerja pembalakan terperangkap banjir

LIMA pekerja pembalakan yang terperangkap di rumah kongsi berhampiran Sungai Kelemin, Hulu Dungun berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk membawa lima pekerja pembalakan yang terperangkap banjir di rumah kongsi berhampiran Sungai Kelemin di sini, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah, Zul Husni Abdul Rahman berkata, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an dan berasal dari Sabah itu bagaimanapun berjaya diselamatkan pada pukul 2.35 petang.

Katanya, bomba dengan kekuatan empat anggota di samping empat polis dari Balai Kuala Jengai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 1.30 petang. 

“Mangsa dibawa keluar dari rumah kongsi  di kawasan sungai itu dengan menggunakan bot membabitkan jarak sejauh lapan kilometer. 

“Operasi itu berdepan cabaran berikutan arus yang deras dan banyak kayu hanyut,” katanya kepada pemberita. 

Zulhusni turut menasihatkan pekerja pembalakan agar berwaspada bekerja pada musim tengkujuh dengan keluar lebih awal sekiranya berada di kawasan berisiko banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya