BEYOND4 angkat perusahaan start-ups - Utusan Malaysia

BEYOND4 angkat perusahaan start-ups

ST Rubaneswaran semasa majlis pelancaran BEYOND4 Ekosistem Crowdfunding, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BEYOND4 mengumumkan ‘BEYOND4 Ecosystem Crowdfunding’, hasil kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan HLX bagi mencipta perusahaan start-ups (permulaan) berdasarkan teknologi di bawah lapan rantaian industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Beyond4 Malaysia, ST Rubaneswaran berkata, ekonomi digital berkembang pesat di seluruh dunia sebagai cara baharu tetapi malangnya hanya dua peratus usahawan Malaysia mengambil kesempatan menceburi bidang baharu itu.

Beliau berkata, selain cara baharu tersebut, ekonomi tempatan memerlukan sikap inovasi, daya saing dan pertumbuhan kerana ia adalah potensi besar bagi usahawan serta perusahan kecil dan sederhana (PKS).

“Bagaimana usahawan mengambil kesempatan teknologi ini menjadi penentu perkembangan perniagaan mereka dan ekonomi negara. Oleh itu, pengutipan dana ini adalah peluang untuk peniaga-peniaga mengumpul wang sebagai pertukaran untuk ekuiti dan ganjaran.

“Sejak kebelakangan ini, kempen ini sudah menjadi alternatif kepada model pembiayaan tradisi untuk membiayai pengusaha-pengusaha tersebut bagi mencapai jumlah pelanggan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kempen itu dilancarkan semalam dengan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama rakan kongsi mereka iaitu pitchIN, MBAN dan Blackstorm Consulting.

Rubaneswaran berkata, kerjsama tersebut mendorong bakat ke arah reka bentuk baharu yang didorong oleh teknologi inovatif yang mana semua usahawan mempunyai platform bagi mendapatkan pembiyaan dan bimbingan ke  arah ekosistem teknologi.

Jelasnya, kempen tersebut adalah model pemecut pelbagai peringkat pintar lalu mengintegrasikan semua aspek penting diperlukan dalam mewujudkan permulaan dan pertumbuhan ekonomi tinggi.

“Ini adalah sebuah projek yang mempunyai matlamat tinggi, namun saya yakin kami akan mencapai matlamat tersebut kerana mempunyai ekosistem yang direka untuk mempercepat 5,000 pakar dan 50 perusahaan start-ups dalam masa 36 bulan.

“Solusi ini membolehkan kita menyediakan penyelesaian end-to-end  yang bermula dalam pendidikan dan menaik taraf kemahiran untuk bakat inovasi serta struktur perusahaan rintisan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya