Banjir: Penduduk tiga kampung di Dungun dipindah lebih awal  - Utusan Malaysia

Banjir: Penduduk tiga kampung di Dungun dipindah lebih awal 

ROHAIMI Md. Isa (kiri) memberikan taklimat kepada petugas keselamatan mengenai banjir gelombang ketiga di Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebahagian penduduk di tiga kampung di pedalaman Dungun akan dipindahkan lebih awal sebagai persiapan menghadapi banjir gelombang ketiga yang diramalkan berlaku Khamis dan Jumaat ini. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, keutamaan diberikan kepada golongan bayi,  kanak-kanak dan warga emas yang mendiami Kampung Pasir Raja, Kampung Kuala Jengai dan Kampung Minda. 

Menurut beliau, keseluruhan jumlah  penduduk di tiga kampung itu ialah 1,300 orang dengan 362 rumah.

“Tiga kampung itu lebih cepat dinaiki air berbanding di penempatan lain jika hujan dilanda hujan lebat,” kata beliau  selepas sesi taklimat dengan petugas barisan hadapan di Balai Polis Kuala Jengai di sini hari ini.

Sebelum ini, Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara meramalkan paras Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja akan melepasi tahap bahaya pada Khamis dan Jumaat ini, sekali gus menyebabkan kawasan rendah di sekitarnya berisiko dilanda banjir. 

Sementara itu, Rohaimi berkata, sebanyak 27 bot milik pasukan keselamatan dan penduduk kampung dan 20 kenderaan pacuan empat roda sedia digunakan dalam operasi pemindahan.

Malah, katanya, seramai 10 pegawai dan 121 anggota pelbagai agensi akan ditugaskan sebaik sahaja kawasan itu dinaiki air.

“Kita juga telah mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti sungai termasuk memancing dan memukat, pekerjaan balak dan rekreasi  dihentikan serta merta buat sementara waktu,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya