KUANTAN: Beberapa kawasan di negeri ini, Terengganu dan Kelantan dinaiki air ekoran hujan lebat dengan Pahang mencatat kematian pertama apabila seorang lelaki lemas selepas terjatuh daripada motosikal semasa meredah air di Jalan Pulau Manis berhampiran Kubur Cina Gambang di Gambang dekat sini. Mayat M. Gunalan, 38, ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 2.37 petang pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan arus air. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya