Banjir: 39 pegawai, anggota IPD Sepang dibantu - Utusan Malaysia

Banjir: 39 pegawai, anggota IPD Sepang dibantu

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof (kiri) menyerahkan sumbangan kepada anggota polis yang terjejas akibat banjir pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir pegawai dan anggota polis di IPD Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : AISYAH (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini, rumah pegawai dan anggota di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang tidak terkecuali  apabila  turut dinaiki air.

Seramai 39 mangsa banjir membabitkan pegawai dan anggota IPD Sepang dibantu menerusi hasil kutipan tabung selain sumbangan barangan oleh orang perorangan dan syarikat persendirian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebanyak RM12,500 berjaya dikumpulkan  sebelum diagihkan kepada 39 mangsa banjir tersebut.

“Apabila banjir bermula 18 Disember lalu, kita sendiri membantu masyarakat yang terlibat menjadi mangsa banjir. Jadi pada Jumaat lepas, kita buka tabung sumbangan banjir kepada pegawai dan anggota kita yang terjejas,” katanya ketika ditemui pada penyampaian sumbangan mangsa banjir pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua 39 pegawai dan anggota tersebut melibatkan mereka yang tinggal di Kampung Cemperai dan Kampung Labu Lanjut serta luar daerah Sepang iaitu Telok Panglima Garang dan Bukit Changgang, Kuala Langat.

“Mereka yang terjejas turut diberikan cuti atas budi bicara pihak IPD Sepang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya