Baik pulih tanah runtuh di  Bukit Tangga disegerakan - Utusan Malaysia

Baik pulih tanah runtuh di  Bukit Tangga disegerakan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerja-kerja membaiki tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu akan diselesaikan dengan segera.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagi membolehkan akses yang dilalui antara Seremban – Jelebu itu tidak tersekat sekali gus mengganggu aktiviti harian rakyat. 

“Kita mahu kerja-kerja pembaikian tanah runtuh di Bukit Tangga dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan dapat dilalui antara Seremban – Jelebu.

“Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat,” katanya di Facebook, hari ini. 

Ahad lepas, media melaporkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban menutup Laluan FT 086 Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi kepada pengguna jalan raya berikutan tanah runtuh di kawasan itu.

“Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak dan penutupan jalan secara sementara adalah perlu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut di masa hadapan,” kata beliau. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya