ATM kerah anggota, aset ke 86 lokasi banjir seluruh negara

ATM kerah anggota, aset ke 86 lokasi banjir seluruh negara

HISHAMMUDDIN Tun Hussein melihat aset-aset ATM semasa mengadakan lawatan kerja ke Markas Briged Kelapan Infantri, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi berdepan gelombang kedua banjir.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi itu membabitkan seramai 115 pegawai dan 2,768 anggota serta menggunakan enam trak tujuh tan, 160 trak tiga tan, 129 bot dan 109 ujit enjin bot.

“Satu batalion ATM diletakkan dalam mod bersiap siaga di setiap negeri dan akan digerakkan ke lokasi semasa gelombang kedua musibah banjir. Kita juga mengatur gerak ke semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah.

“Ini termasuk menempatkan pasukan perubatan ATM bagi tujuan bantuan perubatan dan kawalan jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam sidang akhbar di Markas Briged Kelapan Infantri, Kem Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pihaknya turut merancang koordinasi bantuan pesawat udara ATM untuk melaksanakan operasi menghantar barang keperluan dan makanan ke PPS terutama di kawasan yang terputus jalan darat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya