Anak tikam ibu dengan keris - Utusan Malaysia

Anak tikam ibu dengan keris

AHMAD MOHSIN MD. RODI menunjukkan keris hiasan yang digunakan suspek menikam ibunya dalam kejadian di RPA, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Akibat perselisihan faham disyaki  membabitkan masalah keluarga, seorang anak  menikam ibunya  menggunakan keris dalam kejadian di sebuah rumah di Teja Lima RPA di sini hari ini.

Dalam kejadian  pukul 10.30 pagi, lelaki tersebut menikam ibunya berusia 60 tahun di bahagian belakang rusuk kiri di kawasan hadapan rumah mereka.

Warga emas tersebut dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan berada dalam keadaan stabil.

Polis kemudian  menahan anak mangsa yang berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada selisih faham antara ibu dan anak.

Menurut beliau, mangsa ditikam di bahagian belakang rusuk kiri menggunakan keris hiasan sepanjang kira-kira 30 sentimeter dan wanita tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Katanya, tiada pergelutan  antara dua beranak itu dan semasa kejadian hanya mereka  berdua berada di rumah.

“Siasatan sedang dilakukan dan buat masa ini suspek anak keempat daripada lima beradik masih dalam kebingungan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ahmad Mohsin, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam dan perintah reman terhadap suspek akan dikemukakan esok.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia yang berada di dalam rumah mendengar jeritan warga emas tersebut meminta tolong.

Dia bagaimanapun masih tidak keluar rumah pada masa itu sehingga melihat kedatangan pihak polis dan hospital di rumah berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya