Air kumbahan: KM tunggu laporan MBMB - Utusan Malaysia

Air kumbahan: KM tunggu laporan MBMB

SULAIMAN MD. Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menunggu laporan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhubung isu masalah air kumbahan yang didakwa melimpah dalam pusat beli-belah Dataran Pahlawan di sini.

Katanya, beliau akan meminta MBMB membuat laporan secara terperinci mengenai isu tersebut yang dikatakan gagal diselesaikan sejak 17 tahun yang lalu. 

“Saya tunggu laporan daripada MBMB dahulu, MBMB yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada saya. 

“Perkara ini perlu ditangani segera yang mungkin, kononnya cerita sampai 17 tahun, tak kan ambil masa lama itu nak selesaikan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2021 di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, para peniaga Bazar Kraftangan di Dataran Pahlawan di sini terpaksa berdepan dengan masalah berulang air pembentungan membanjiri tapak berniaga itu sejak 17 tahun lalu.

Pengerusi Kebajikan Peniaga Heritage Gallery, Kadir Ahmad, 45, berkata, aduan telah dibuat kepada badan pengurusan bersama (JMB) dan pihak pemaju, namun tiada tindakan diambil seolah-olah lepas tangan.

Katanya, kegagalan pam yang sudah uzur menyebabkan saluran tersumbat dan air kumbahan naik ke permukaan sehingga membanjiri seluruh kawasan bazar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri mencadangkan para peniaga mengambil tindakan undang-undang terhadap JMB yang gagal melaksanakan tanggungjawab sewajarnya.

Katanya, ini kerana bazar itu berada di bawah pihak pengurusan swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya