92 pangkalan haram bawa dadah dikesan di Sungai Golok

92 pangkalan haram bawa dadah dikesan di Sungai Golok

RAZARUDIN Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 92 pangkalan haram dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Sungai Golok, Thailand dijadikan laluan sindiket membawa masuk dan keluar dadah.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, perkara itu dikesan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selepas mengesan pangkalan haram yang didirikan di kawasan berkenaan.

Ini kerana, kata beliau, kedudukan Sungai Golok yang menjadi pemisah Malaysia-Thailand menyebabkan sindiket dadah mengambil kesempatan membawa dadah ke negara ini.

“Mereka hanya menggunakan bot pada tengah malam yang tidak sampai lima minit untuk melalui Sungai Golok yang panjangnya 99 kilometer masuk ke Kelantan.

“Selain itu, mereka juga akan meletakkan guni-guni yang berisi dadah di dalam bot dan menolaknya ke sempadan Kelantan yang jarak hanya 40 meter dan akan ada orang ambil guni-guni berkenaan di tebing sungai itu,” katanya dalam sidang akhbar khas di Kompleks Narkotik Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Menyedari perkara itu, kata Razarudin, pihaknya sentiasa memantau kegiatan sindiket dadah di sungai itu namun sindiket-sindiket berkenaan tahu pergerakan dan penugasan polis yang menjaga sempadan negara.

“Mereka ini akan mengambil kesempatan untuk mengedar dadah sebaik sahaja mengetahui pihak polis habis bertugas di kawasan terbabit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya