8 skim harga maksimum musim Krismas  - Utusan Malaysia

8 skim harga maksimum musim Krismas 

KPDNKK sentiasa memantau harga barangan basah agar sentiasa terkawal terutama pada musim perayaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2021 berkuat kuasa pada 23 hingga 31 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim kawalan harga itu bermula dua hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan enam hari selepas  Krismas.

Menurut beliau, sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan kategori ayam, sayur, daging kambing dan daging babi.

“Antara lapan jenis barangan itu termasuk ayam belanda import, ayam tua hidup (Sarawak sahaja), kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing biri-biri import bertulang dan lada benggala hijau.

“Selain itu, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) di Sarawak, Sabah dan Labuan sahaja,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pelaksanaan skim ini adalah kesinambungan terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang bermula 7 Disember lalu dan akan berkuat kuasa 31 Disember ini.

Alexander berkata, 12 jenis barangan terlibat dalam skim kawalan harga ini termasuk ayam hidup; ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi, kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun.

Menurutnya, dijangka  permintaan terhadap barangan keperluan asas tertentu dijangka meningkat ketika musim perayaan Krismas ini, justeru, skim ini diperkenalkan bagi menstabilkan harga barangan di pasaran.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya