13,000 tan metrik sampah banjir dikutip - Utusan Malaysia

13,000 tan metrik sampah banjir dikutip

AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 13,699.55 tan metrik sampah yang kebanyakannya terdiri daripada barangan rosak akibat banjir di Selangor dikutip sehingga hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri melalui anak syarikat, KDEB Waste Management  Sdn. Bhd. (KDEBWM) membelanjakan sebanyak RM6.03 juta bagi tujuan mengutip sampah termasuk pukal dan domestik dalam fasa pasca ini.

“Bagi hal ini, di Hulu Langat, kita akan menutup beberapa jalan di daerah itu setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi bagi membolehkan lori sampah KDEB mengambil sampah di kawasan banjir. 

“Untuk daerah Klang, kita mempertimbangkan (penutupan jalan) di Taman Sri Muda dan Padang Jawa, namun bergantung kepada kesesuaian dan kita akan maklum perkara ini kemudian setelah kenal pasti jalan mana yang hendak ditutup,” katanya pada sidang akhbar khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini. 

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan kebimbangan segelintir penduduk Taman Sri Muda berhubung lambakan sampah di luar kawasan rumah mereka. 

Mereka dikhuatiri penyakit berjangkit serta haiwan perosak akan hinggap ke rumah mereka sekiranya sampah lambat diambil. 

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri membatalkan sambutan tahun baharu yang telah di rancang pada 31 Disember ini. 

“Kerajaan negeri juga sarankan syarikat yang nak buat sambutan tahun baharu untuk batalkan majlis itu. Ini bagi menghormati kejadian banjir yang berlaku minggu lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya