YB Viral dicabar empat lawan - Utusan Malaysia

YB Viral dicabar empat lawan

NORHIZAM Hassan Baktee tiba di pusat penamaan calon Dewan Bestari Air Keroh, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINGAN lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu tidak menjanjikan peluang yang selesa buat penyandangnya, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selain berdepan soal kesetiaan pengundi yang memenangkan beliau semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Norhizam yang lebih dikenali sebagai YB Viral turut berdepan dengan empat pencabar daripada Barisan Nasional (BN), Bersatu, Pakatan Harapan (PH) dan Putra.

BN meletakkan calon veteran, Datuk Kalsom Noordin yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil manakala DAP mempertaruhkan calon muda, Muhamad Danish Zainudin, 25, sebagai pencabar kepada Norhizam yang sebelum ini bertanding atas tiket PH.

Walaupun peratus komposisi pengundi Melayu dianggarkan 60 peratus di DUN Pengkalan Batu, namun baki 40 peratus undi kaum lain yang bakal menentukan pemenang pada akhirnya.

Calon Putra, Mohd. Aluwi Sari dan calon PN, Mohd. Azrudin Md. Idris bakal berdepan tugas besar untuk memenangi hati pengundi kerana buat pertama kali bertanding di kerusi panas ini kerana kedua-duanya merupakan muka baharu yang sukar diramalkan di akar umbi.

UMNO pula menyifatkan peluang parti itu untuk menewaskan Norhizam bukan sesuatu yang mustahil walaupun penyandangnya itu yang tampil dengan lambang kunci pada kali ini yakin mempunyai peluang 80 peratus mengekalkan kedudukan.

Menurut sumber UMNO, persaingan di DUN Pengkalan Batu sama rata, namun nama besar  Kalsom yang dikatakan mesra rakyat dan sering bersama akar umbi akan menjadi percaturan buat parti itu sama ada mampu merampasnya.  Malah beliau juga adalaha anak jawatan kawasan tersebut.

Tetapi, Kalsom juga dijangka berdepan saingan daripada Norhizam yang mendakwa telah berjaya melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik apabila dapat menyelesaikan kira-kira 90 peratus masalah rakyat di kawasannya.

UMNO sebelum ini memberi laluan kepada Gerakan di kerusi berkenaan. Namun, pada PRU-14 lalu, calon Gerakan,  Chua Lian Chye yang bertanding atas tiket BN tewas dengan 6,471 undi kepada Norhizam (DAP) yang mendapat 9,227 undi dengan majoriti 2,756 undi.

Pas pula hilang deposit apabila mendapat 2,230 sahaja. Melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, boleh dikatakan setiap parti mempunyai peluang yang sama untuk berkempen dalam media-media sosial. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya