UiTM, IPTA pertama anjur sukan akademik - Utusan Malaysia

UiTM, IPTA pertama anjur sukan akademik

MOHD. Sazili Shahibi (tengah) mempamerkan piala pusingan UiSAT 2021 pada majlis perasmian kejohanan tersebut di Pusat Sukan UiTM hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di negara ini menganjurkan sukan intelektual, UiTM Sports Academic Triathlon (UiSAT) 2021.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof.Dr.Mohd.Sazili Shahibi, sukan yang diinspirasi dari United State Academic Decathlon tersebut diadakan dengan tujuan melahirkan mahasiswa yang akan menjadi pakar rujuk fakta dunia, tanahair dan antarabangsa.

“Inisiatif Kejohanan UiSAT 2021 ini dirancang ketika dunia masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Selain sukan e-sports, penganjuran UiSAT 2021 membuktikan kreativiti Pusat Sukan Bahagian  HEP UiTM untuk mengadakan sukan secara maya dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya selepas majlis perasmian UiSAT 2021 di Pusat Sukan UiTM hari ini.

Beliau menambah, kejohanan tersebut melibatkan tiga jenis acara iaitu objektif, kuiz dan pidato. 

“Bagi acara objektif, semua peserta akan menjawab soalan secara individu seperti format peperiksaan dan bagi acara kuiz pula, peserta akan menjawab secara berpasukan di mana hos akan bertanyakan soalan secara langsung kepada dua pasukan yang bertanding dalam setiap perlawanan. 

“Bagi acara pidato, semua tajuk telah diberi bertemakan senario Bola Sepak Malaysia dan Sukan Dalam Wanita dan peserta akan memberi hujah-hujah kepada tiga panel yang dibawa khas dari media sukan tanahair,”katanya.

Untuk rekod, kejohanan ini akan berlangsung pada 11 hingga 12 November ini dan akan ditayangkan secara langsung melalui YouTube UiTM Sports Channel.

Beliau menambah, tema kejohanan pada tahun ini adalah berlandaskan kepada empat perkara iaitu Football Euro Cup 2000 – 2020, Tennis Wimbledon, Bola Sepak Malaysia dan Sukan Dalam Wanita. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya