‘Tolong henti sebar khabar angin status kesihatan Pak Lah’ - Utusan Malaysia

‘Tolong henti sebar khabar angin status kesihatan Pak Lah’

GAMBAR kenangan Reezal Merican Naina Merican bersama Pak Lah yang dikongsikan di Facebooknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta berhenti menyebarkan khabar angin kononnya bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana berita berkenaan adalah palsu dan Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah sebenarnya masih sihat.

Malah Reezal Merican berkata, beliau sendiri sudah menghubungi isteri bekas Perdana Menteri itu, Tun Jeanne Abdullah untuk mengesahkan mengenai keadaan sebenar Pak Lah.

“Saya ada terbaca sebaran berita yang mengatakan Tun Abdullah Badawi telah meninggal dunia. Saya nafikan berita ini.

“Alhamdulillah ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne. Saya pun baru berbual di telefon dengan Tun Jeanne. Mereka pun sedang bercuti di dalam negara ketika ini. Cukup-cukup sebarkan berita tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Berikutan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu meminta semua rakyat Malaysia supaya mendoakan kesihatan Pak Lah.

“Kita sama-sama doakan ayahanda Tun Abdullah dan Tun Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah. Saja nak kongsi gambar lama bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne. Miss them both,” katanya.

Terdahulu berita mengenai Pak Lah meninggal dunia tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Bagaimanapun, berita itu dinafikan bekas Setiausaha Akhbar kepada Abdullah iaitu Izad Raya yang menegaskan, khabar angin berkenaan tidak benar kerana Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya