Tok Gajah 'naik minyak' lagi - Utusan Malaysia

Tok Gajah ‘naik minyak’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Belum pun reda kekecewaan dibelasah 4-0 minggu lalu, Penang FC merana lagi apabila dibenam 5-0 oleh lawan yang sama, Sri Pahang dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, di sini malam ini.

Prestasi anak-anak buah Tomas Trucas  nyata menghampakan penyokong tuan rumah yang memasuki stadium buat kali pertama selepas enam bulan akibat Covid-19.

Pada babak pertama, Sri Pahang FC mula mempamer aksi agresif dengan melakukan beberapa hantaran kemas ke kubu pihak lawan.

PENYERANG Penang FC, Sheriddin Boboev (tengah) cuba melepasi pemain Sri Pahang dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang malam ini.

Gol pertama skuad bimbingan Dollah Salleh hadir pada minit ke-10 hasil sepakan pemain dari Australia, Kenjok Wal Athiu.

Penang FC enggan menyerah kalah dan cuba melakukan hantaran balas, namun berjaya disekat pasukan pelawat.

Bagaimanapun, Sri Pahang sekali lagi mengejutkan tuan rumah dengan menggandakan gol kedua hasil ledakkan Abubakar Yakubu pada minit ke-21.

Pasukan pelawat dilihat cuba meraih kemenangan dalam baki perlawanan Kumpulan A dengan membenamkan hasrat Penang FC apabila menambahkan gol ketiga menerusi sepakan Kenjok Wal Athiu pada minit ke-35.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama  dibunyikan.

PEMAIN Sri Pahang meraikan kejayaan membelasah Penang FC.

Memasuki babak kedua, usaha yang dilakukan Penang FC ternyata kurang menyegat apabila terlepas cubaan gol sulung menerusi sepakan percuma daripada pemain Brazil, Endrick Dos Santos pada minit ke-52.

Kesungguhan Sri Pahang sekali lagi berbalas apabila berjaya meledak gol keempat hasil sepakan kemas ke gawang lawan daripada penyerang, Abdul Malik Mat Arif pada minit ke-58.

Athiu melengkapka hatrik dengan menyumbat gol kelima Tok Gajah ketika perlawanan berbaki hanya 10 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya