Tempahan hotel Pangkor cecah 90 peratus - Utusan Malaysia

Tempahan hotel Pangkor cecah 90 peratus

KEADAAN penumpang yang menunggu jeti di Pulau Pangkor, Perak, ketika cuti hujung minggu baru-baru ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tempahan bilik hotel dan resort di Pulau Pangkor, di sini hingga hujung minggu ini sudah mencecah sehingga 90 peratus berikutan dua hari cuti umum dan hujung minggu.

Semalam adalah cuti umum Deepavali disusuli cuti hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini diikuti cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor, Mohd. Zamzuri Suid berkata, pihaknya menjangka kehadiran pengunjung ke pulau itu melonjak berbanding hari-hari sebelum ini selepas merentas sempadan negeri dibenarkan.

Katanya, bilangan pengunjung sentiasa ramai khususnya hujung minggu sejak 11 Oktober lalu iaitu seramai 7,780 orang memasuki pulau itu pada hujung minggu 15,16 dan 17 Oktober diikuti 6,704 orang (22,23 dan 24 Oktober) serta 9,809 orang pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, baru-baru ini.

“Ketika ini terdapat kira-kira 1,500 bilik di pulau itu dan dianggarkan setiap hotel dan resort hanya membuka 70 peratus daripada kapasiti sebenar. Jadi penginap diunjurkan lebih 3,000 orang kelmarin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Zamzuri, bilangan itu tidak termasuk pengunjung yang tidak menginap di hotel dan resort yang menjadi ahli persatuan tersebut dan mereka yang datang tetapi tidak bermalam di pulau peranginan berkenaan.

Sementara itu, Operator Feri Jeti Lumut, Rositah Abdul Razak berkata, Jabatan Laut Malaysia memberi kebenaran tambahan empat lagi perjalanan feri sehari menjadikan keseluruhan 13 perjalanan feri berbanding sembilan perjalanan feri sedia ada.

Jelasnya, tambahan perkhidmatan feri sempena cuti umum itu bermula semalam sehingga Ahad ini untuk kedua-dua Jeti Lumut dan Jeti Pulau Marina, Teluk Muroh.

Katanya, sebelum ini jabatan itu sudah meluluskan sembilan perjalanan feri sehala sehari mulai 19 Oktober lalu, berbanding enam perjalanan feri sehala sehari sebelum itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya