Sultan Johor tidak pernah ajak rakyat tolak BN - Utusan Malaysia

Sultan Johor tidak pernah ajak rakyat tolak BN

POSTER tular yang palsu mengaitkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru masyarakat menolak BN dalam PRN Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi mengingatkan masyarakat bahawa poster yang memaparkan kononnya baginda menyeru rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah palsu.

Dalam kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang disebarkan di media sosial ketika ini.

“Ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu tersebut,” jelas kenyataan tersebut.

Poster yang tular itu memaparkan gambar Sultan Ibrahim dengan kenyataan ringkas seolah-olah baginda mahu UMNO berhenti memperdaya rakyat dengan tipu helah.

Tambah kenyataan itu lagi, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya