Sesi sekolah tahun depan bermula 21 Mac  - Utusan Malaysia

Sesi sekolah tahun depan bermula 21 Mac 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan bagi tahun depan ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM memaklumkan, bagi sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022 bermula 2 Januari (Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B) bagi Penggal 3, 2021/2022.

Sekolah-sekolah negeri Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri selebihnya adalah dalam sekolah Kumpulan B. 

 “Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022  hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

“Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi  2022/2023 boleh dimuat turun  melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum ini berkata, sesi persekolahan 2022 kekal pada Mac tahun depan sebagaimana yang diputuskan Kementerian Pendidikan. 

Keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam dengan pelbagai pihak termasuk beberapa pakar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di samping pengetua dan guru besar. 

Malah, beliau percaya ketetapan itu merupakan langkah terbaik dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini dan tempoh tersebut dapat memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya