MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.
“Setakat pukul 9.42 malam, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang yang diperuntukan,” katanya dalam sidang akhbar pengisytiharan PRN DUN Melaka Ke-15 di sini hari ini.