Puteri UMNO yakin BN mampu beri impak generasi muda - Utusan Malaysia

Puteri UMNO yakin BN mampu beri impak generasi muda

ZAHIDA Zarik Khan membantu jentera BN berkempen dalam PRN Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jasa dan kejayaan Nasional (BN) dalam membangunkan negara selama 60 tahun wajar dinilai pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kejayaan BN bukan persepsi mahupun propaganda politik, malah kemakmuran negara yang dinikmati adalah kerana pentadbiran BN dalam kerajaan.

Justeru, katanya, rakyat Melaka wajar memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk mentadbir.

“Saya menyeru kepada adinda puteri-puteri Melaka dan rakyat Melaka amnya agar memberikan mandat sekali lagi kepada BN untuk mentadbir negeri ini.

“Rakyat Melaka wajar memilih kerajaan yang mampu memberikan keharmonian dan impak ekonomi untuk kestabilan demi kemakmuran kepada rakyat.,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat negeri ini tentang pentingnya mereka keluar dan mengundi BN demi kemakmuran dan masa depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya