Polis gempur 'port' dadah di Kuala Perlis, Simpang Empat - Utusan Malaysia

Polis gempur ‘port’ dadah di Kuala Perlis, Simpang Empat

POLIS membuat serbuan dan menahan beberapa individu dalam Op Jihad Dadah fasa pertama di sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat, Perlis, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Polis menahan 77 individu dalam 50 serbuan melalui Op Jihad Dadah fasa pertama bermula 23 hingga 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, operasi tersebut dijalankan di lokasi-lokasi panas sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat, di sini.

Katanya, tangkapan tersebut meliputi kesalahan pembekalan dadah, penagihan dadah, individu dikehendaki dan penyalahgunaan ketum. 

“Kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 50 tahun. Ada antara mereka yang ditangkap adalah suspek dikehendaki untuk kes dadah.

“Kesemua tangkapan disiasat mengikut seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi tangkapan melibatkan penagih berulang pula, suspek terbabit berpontensi dituduh di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya