PN goyang, 500 dakwa ahli Bersatu keluar parti - Utusan Malaysia

PN goyang, 500 dakwa ahli Bersatu keluar parti

AHLI-Ahli Bersatu Pengkalan Batu mengumumkan keluar parti serta-merta di Melaka, sebentar tadi. -UTUSAN/JUANI MUNIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka goyang apabila 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di empat pusat daerah mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini mengisytiharkan keluar parti serta-merta.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.

Menurut wakil kumpulan itu, Huslan Naim yang juga Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, pihaknya telah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negeri dan Bahagian Hang Tuah Jaya yang tidak pernah ambil peduli dan soal kebajikan akar umbi.

Malah katanya lagi, akar umbi tidak puas dengan calon pilihan raya kerana gagal mengetengahkan anak tempatan Pengkalan Batu.

“Silap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohdz Azrudin Md. Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.

“Oleh itu kami 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru itu, Huslan berkata, kesemua ahli Bersatu terlibat tidak sesekali menyokong dan mengundi Mohd. Azrudin selaku calon PN dalam PRN Melaka.

“Kami kecewa kerana beliau tidak pernah memanggil kami untuk terlibat dalam gerak kerja pilihan raya.

“Namun ia tidak bermakna kami akan menyokong Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana calon lain,” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan ini mengambarkan kepincangan dan kegagalan Bersatu menjelang pilihan raya negeri pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya