Penduduk Langkawi teruja tunggu pelancong asing  - Utusan Malaysia

Penduduk Langkawi teruja tunggu pelancong asing 

SEBAHAGIAN pelancong yang mengambil kesempatan mengunjungi Underwater World Langkawi yang merupakan antara tempat tumpuan pelancong di Langkawi, Kedah. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pemain industri pelancongan di pulau ini tidak sabar menunggu 3 Disember ini apabila penerbangan terus pertama membawa pelancong asing dari Singapura menerusi gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi akan mendarat di sini.

Seorang pemandu pelancong, Hafiza Din, 48, berkata,  pendapatan mereka  terjejas teruk apabila pelancong asing tidak memasuki pulau ini sejak tahun lalu.

“Ketika pelancongan domestik dibenarkan, saya turut menjadi pemandu peribadi bagi menampung kehidupan walaupun jumlah pendapatan yang diperoleh tidak seperti sebelum pandemik,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya, dengan khabar kira-kira 200 pelancong dari Singapura bakal mendarat di sini pada awal bulan ini, ia lebih menggembirakan.

Pemilik JM Watersports, Mohd. Jafri Juhari pula berkata, walaupun sekarang ada pelancong domestik, tetapi kemasukan pelancong asing akan turut mempercepatkan pemulihan ekonomi mereka.

“Kami tidak menafikan kemasukan pelancong domestik tetapi bila ada pula pelancong luar ia mempercepatkan  kami bangkit semula,” katanya.

Pengurus Besar Underwater World Langkawi, Noraini Jumaat berkata, kemasukan pelancong asing akan mengisi kekurangan pelancong domestik selepas cuti sekolah berakhir.

“Apabila sesi persekolahan bermula, jumlah pengunjung domestik yang telah memeriahkan pelancongan di Langkawi akan berkurangan manakala pelancong asing dapat menampung kekurangan jumlah pelancong domestik,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya