Nasi ayam bajet RM2 laris - Utusan Malaysia

Nasi ayam bajet RM2 laris

ZAINUN Ibrahim menunjukkan nasi ayam bajet berharga RM2 yang dijual di kedainya di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Inisiatif pasangan suami isteri menjual nasi ayam bajet pada harga serendah RM2 membolehkan 100 bungkus hidangan itu laris dalam tempoh sejam.

Zainun Ibrahim, 37, berkata, pendekatan yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu itu selaras hasratnya dan suami, Mohd. Badrullizam A. Wahab, 37, untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Katanya, walaupun terkesan dengan kenaikan kos bahan mentah, harga hidangan itu tetap kekal RM2 sebungkus hingga kini.

“Kebanyakan pelanggan kami adalah pekebun dan petani, jadi dengan harga nasi ayam RM2 sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dalam situasi yang mencabar ini.

“Walaupun murah tetap meraih keuntungan dan yang paling penting, kami seronok melihat orang ramai datang menjamu selera bersama keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Menerung, Ajil, di sini semalam.

Bagaimanapun, Zainun berkata, kekangan menyediakan menu makanan lain menghalangnya menambah kuantiti nasi ayam walaupun mendapat permintaan daripada pelanggan.

Katanya, dia turut menjual sup kaki, nasi air, bihun sup, mi celup dan colek kaki dengan harga sama, RM2 semangkuk manakala minuman pula RM1 termasuk milo ais, teh ais dan nescafe ais.

“Kami belum berhasrat menaikan harga nasi ayam dan makanan lain, malah sedaya upaya mengekalkan nilai sama bagi mengurangkan beban pelanggan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya