Muhyiddin: Jangan tunding jari cari salah orang lain - Utusan Malaysia

Muhyiddin: Jangan tunding jari cari salah orang lain

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa memainkan peranan masing-masing dan tidak menunding jari mencari salah orang lain.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Pagoh) berkata, pendekatan bersepadu adalah perlu bagi memastikan langkah pemulihan negara berjaya dengan melibatkan peranan semua pihak agar negara dapat mencari jalan keluar daripada cabaran krisis kesihatan Covid-19.

“Seperti yang selalu saya tekankan di sini pendekatan bersepadu seluruh negara atau dengan izin ‘approach’ perlu dihayati dan dijayakan oleh setiap seorang daripada rakyat negara yang tercinta ini.

“Janganlah ada di antara kita hanya berpeluk tubuh. Tahu menuding jari, mencari salah orang lain seolah-olah kita sahaja yang betul. Sebaliknya masing-masing perlu mengambil tanggungjawab untuk memulihkan negara ini secara bersama-sama,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam hal ini, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, adalah penting pada waktu ini kerajaan menambah baik fasiliti dan menjaga kebajikan para petugas kesihatan di dalam negara kita, disamping meneroka industri penghasilan ubat-ubatan berasaskan sumber asli negara.

“Selepas melalui episod getir pandemik covid-19, lebih setahun lamanya, tidak boleh kita nafikan pentingnya untuk menambah baik sistem kesihatan di negara kita.

“Semasa saya menjadi perdana menteri, saya telahpun mencadangkan pelan induk pembaharuan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dengan izin, ini dibangunkan.

“Sistem kesihatan kita hampir lumpuh impak daripada pandemik yang di luar dugaan ini. Sejumlah peruntukan yang besar perlu menambah baik fasiliti kesihatan dan menjaga kebajikan para petugas kesihatan di dalam negara kita,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya