Kolam pancing udang galah dapat sambutan selepas PKP

Kolam pancing udang galah dapat sambutan selepas PKP

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengisi waktu cuti hujung minggu mereka dengan memancing udang galah di Kolam Pancing Jidin Jenggo di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Seremban. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Biarpun sebelum ini terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan ketiga, namun ia tidak mematahkan semangat seorang pengusaha ternakan udang galah, Mohamad Izzudin Jizan untuk meneruskan lagi perniagaan itu.

Sebaik sahaja berakhirnya PKP 3.0, Mohamad Izzudin, 32, nekad untuk membuka sebuah kolam pancing udang galah walaupun dia sebenarnya masih diulit kebimbangan akan berlaku lagi PKP kali keempat.

MOHAMAD Izzudin Jizan memasukkan udang galah yang diternaknya ke dalam kolam pancing udang yang baru diusahakannya. – FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Dia berkata, kolam pancing udang galah itu telah dibukanya sejak sebulan lalu sebagai langkah berjaga-jaga selepas pasaran ternakan udang galah yang diusahakannya terjejas sepanjang pelaksanaan PKP.

“Pasaran utama ternakan udang galah hidup sememangnya dari Singapura. Permintaan dari sana agak tinggi sebelum ini, namun ekoran penularan Covid-19 dan PKP, tiada lagi permintaan kerana restoran dan kolam pancing rekreasi di sana juga ditutup,” katanya kepada pemberita di Kolam Pancing Jidin Jenggo di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Izzudin, sambutan orang ramai terhadap kolam pancing udang yang diusahakannya itu setakat ini sangat menggalakkan.

“Sambutan sangat baik daripada kaki pancing udang, setiap hari tidak kurang 30 orang akan datang ke sini.

“Pembukaan kolam memancing ini juga sebenarnya dapat membantu rakan-rakan saya lain yang turut mengusahakan ternakan udang galah. Saya beli daripada mereka udang-udang galah yang hidup untuk dimasukkan ke dalam kolam pancing ini,” katanya.

Tambahnya, setiap pengunjung yang datang akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 bagi tempoh masa satu jam, RM50 bagi tiga jam dan sebanyak RM90 bagi lima jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya