Kesan hakisan - Utusan Malaysia

Kesan hakisan

KEADAAN hakisan di Tanah Perkuburan Kubur Datuk, Tumpat, Kelantan, yang mengakibatkan beberapa kubur terjejas. - UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUJAN lebat sejak kelmarin menyebabkan struktur belindan dan batu nisan beberapa kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk, Tumpat, Kelantan rosak teruk akibat hakisan.

Ketika tinjauan Utusan Malaysia semalam, keadaan permukaan tanah di situ yang rendah dikhuatiri menjejaskan ratusan lagi pusara lain memandangkan musim tengkujuh baru bermula di Kelantan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang melawat tempat hakisan berkenaan memaklumkan akan menambun pasir serta membetulkan struktur kubur rosak dalam masa terdekat.

Difahamkan, kawasan itu antara lokasi rendah di daerah ini yang sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh tiba. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN