Kembar Siam Muhammad kini pemegang ijazah - Utusan Malaysia

Kembar Siam Muhammad kini pemegang ijazah

MUHAMMAD Rosli menerima ijazah daripada Presiden MSU, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Shukri Abd. Yajid dalam istiadat konvokesyen Selasa lalu di kampusnya di Shah Alam, Selangor. - IHSAN MSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Muhammad Rosli, 23, salah seorang daripada pasangan kembar Siam yang pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 2001 kerana kedua-duanya dilahirkan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha, bergelar graduan semalam. Dia menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Management dan Science University (MSU) walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda sepanjang masa. Ditanya rahsia kejayaannya, Muhammad berkata, nasihat arwah ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh dan membantu adik-beradik lain menjadi dorongan paling kuat untuk belajar sehingga menggenggam ijazah. Menurutnya, menyedari kekurangan diri yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya