Lelaki maut dilanggar lori tangki selepas bunuh ibu sendiri - Utusan Malaysia

Lelaki maut dilanggar lori tangki selepas bunuh ibu sendiri

ANGGOTA polis membawa jenazah mangsa yang maut dikelar anaknya sendiri yang dipercayai seorang penagih dadah di Kampung Jeniang, Batu 5 Jalan Gurun, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Seorang penagih dadah mengelar leher ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang di sini pada pukul 6.30 pagi ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu yang melarikan diri dengan menunggang motosikal dengan menerpa ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori tangki, kira-kira satu kilometer dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata,  mayat mangsa, Sarah Jon, 70,  dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau  tumpul oleh anak bongsunya daripada empat beradik itu.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai ketika mempertahan diri ketika diserang oleh anaknya itu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut.

“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemukan sejumlah dadah peralatan menghisap dadah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga pesakit mental mempunyai enam rekod jenayah termasuk empat berkaitan dadah. 

Beliau memberitahu, mayat warga emas itu dan anaknya dibawa ke Hospital SUltan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya