Kawal segera masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Kawal segera masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah segera mengawal bilangan kanak-kanak obes di negara ini yang dilabelkan sebagai paling gemuk di rantau ini sempena Hari Diabetes Sedunia yang akan disambut esok. 

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kanak-kanak obes atau berat berlebihan berhadapan peningkatan risiko mengalami keadaan kesihatan serius seperti diabetes jenis dua, tekanan darah dan kolesterol tinggi yang mana semuanya dianggap penyakit orang dewasa di masa lalu. 

Jelasnya, kanak-kanak berat berlebihan mungkin juga mengalami masalah psikologi seperti kurang keyakinan diri berpunca daripada diusik atau dibuli oleh rakan sebaya. 

“Mereka juga boleh terdedah kepada tabiat diet yang tidak sihat dan gangguan makan seperti ‘anorexia nervosa’ dan ‘bulimia’ selain  terdedah kepada kemurungan atau berisiko bagi penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sehubungan itu, tambah Mohideen, CAP menggesa kerajaan mengambil beberapa langkah segera dalam mengatasi masalah obesiti kanak-kanak tersebut termasuk mengharamkan mesin layan diri di sekolah, hospital dan tempat awam lain. 

Ujarnya, makanan tidak sihat yang tinggi lemak, gula, garam dan bahan penambah seharusnya tidak digalakkan dengan memperkenalkan cukai ke atas makanan itu. 

Selain itu, tambah beliau, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan rekreasi yang mencukupi di semua kawasan perumahan. 

“Pendekatan lain termasuk mewajibkan pengeluar makanan melabelkan jumlah natrium pada label dan mewajibkan pelabelan yang jelas bagi kandungan lemak dalam semua makanan, termasuk makanan segera. 

“Selain itu, kerajaan juga perlu menjalankan kempen pendidikan untuk ibu bapa dan kanak-kanak mengenai bahaya obesiti dan diabetes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya