Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar babi - Utusan Malaysia

Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar babi

MOTOSIKAL dinaiki sepasang suami isteri dipercayai melanggar babi sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang - Renggoh, Kuala Pilah, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangi bersama suaminya dipercayai melanggar babi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 2 Jalan Air Mawang-Renggoh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian  pukul 8.15 pagi, Norlela Mohamed Sharif, 35, yang membonceng motosikal maut di tempat kejadian manakala suaminya,  Karim Amrullah Ab Maid, 40, dihantar ke Hospital Tampin.

Menurut beliau, siasatan  mendapati sebelum kemalangan,  pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Melekai, Johol menuju ke tempat kerja di kedai makan Kampung Air Mawang.

“Sampai di tempat kejadian, motosikal pasangan itu  melanggar seekor binatang dipercayai babi melintas jalan menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas dan kedua-dua mangsa jatuh di atas jalan.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala manakala pembonceng mengalami kecederaan di kepala tetapi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk proses bedah siasat dan siasat lanjut masih dijalankan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya