Enam penjuru di DUN Asahan,tiga calon bebas turut bertanding -

Enam penjuru di DUN Asahan,tiga calon bebas turut bertanding

FAIRUL NIZAM Roslan ketika ditemui pemberita di Kolej Komuniti Selandar, Jasin, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan bakal berdepan pertembungan enam penjuru apabila tiga calon Bebas turut menyerahkan kertas penamaan calon di pusat penamaan calon di Kolej Komuniti Selandar, di sini hari ini.

Tiga calon Bebas tersebut ialah Azmar Abdul Hamid, 49; Mohd. Akhir Ayob, 50; dan Mohd. Nor Salleh, 43, hadir di pusat penamaan calon antara pukul 8 hingga 9.25 pagi tadi. 

Dua lagi calon adalah daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron dan Perikatan Nasional (PN), B. Dhanesh, 29.

Fairul Nizam yang berusia 43 tahun tiba di PPC kira-kira pukul 8.30 pagi, memakai baju Melayu serba biru bersamping putih ditemani pencadang, Ismail Ahmad dan penyokong, Kamarudin Md. Aris yang merupakan bapa saudara kepada Idris.  

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Asahan dimenangi calon BN, Datuk Abdul Ghafar Atan dengan majoriti 275 undian menewaskan calon PH, Zamzuri Arifin dan calon Pas, Azlan Maddin. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya