Bot karam, tiga nelayan hilang - Utusan Malaysia

Bot karam, tiga nelayan hilang

ANGGOTA Maritim Malaysia Perak mencari tiga nelayan hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Talang dekat Pantai Remis malam tadi. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga nelayan dilaporkan hilang apabila bot yang dinaiki karam di sekitar perairan Pulau Talang dekat Pantai Remis malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan menggerakkan bot Perkasa 1223 dan Kilat 11 ke lokasi sebaik menerima maklumat pada pukul 9 malam tadi.

“Tiga mangsa yang hilang itu termasuk tekong dan kesemuanya warga tempatan berumur  29 sehingga 70 tahun.

“Salah seorang mangsa sempat membuat panggilan kepada isteri dan memaklumkan keadaan bot dinaiki hampir karam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, setakat pukul 12 tengah hari ini, bot yang berpangkalan di jeti Pantai Remis itu belum ditemui.

Jelasnya, pasukan itu memperluaskan sektor pencarian sehingga 42.30 batu nautika persegi dari lokasi bot tersebut dipercayai karam.

 Beliau memberitahu, maklumat yang sama turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan ‘Maritime Component Operation Comander’ (MCOC).

“Keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak  satu hingga 2.7 meter dan cuaca yang tidak menentu di lokasi menyukarkan operasi SAR,” ujarnya.

Beliau menggesa komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini agak kurang baik.

 Tegasnya, operasi SAR akan diteruskan sehingga pukul 7.30 malam dan akan bersambung esok mulai pukul 7 pagi, sekiranya mangsa masih tidak ditemui. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya