PUTRAJAYA: Jangan sangka memandu melebihi had laju di lebuh raya, anda akan terselamat daripada dikenakan saman. Ini kerana kamera perangkap had laju iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) yang dianggap sudah tidak berfungsi sejak tahun lalu rupa-rupanya masih aktif. AwAS yang dahulu dikenali sebagai AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) sebenarnya tidak pernah dihentikan operasinya, cumanya pelaksanaannya ditangguhkan sepanjang tahun 2020. Sejak kembali ‘diaktifkan’ dari Januari hingga 26 Oktober lalu, sejumlah RM3,478,200 nilai saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melanggar peraturan had laju di lebuh raya-lebuh raya utama seluruh negara dan juga kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya