PETALING JAYA: Negara bersedia menghadapi ancaman banjir besar yang diramal melanda beberapa negeri terutamanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor pada musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini sehingga awal Januari depan. Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dijangkakan hujan lebat di negeri-negeri terbabit bermula hari ini manakala di Sarawak dan Sabah keadaan diramal berterusan sehingga Februari depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Aminuddin Hassim berkata, pihaknya menyediakan 5,000 pusat pemindahan banjir sementara (PPS) di seluruh negara bagi menampung jangkaan 100,000 mangsa. Katanya, daripada jumlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya