5,000 pokok bakau ditanam perkukuh zon penampan ombak - Utusan Malaysia

5,000 pokok bakau ditanam perkukuh zon penampan ombak

Kawasan pokok bakau semakin merosot di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Sebanyak 5,000 anak pokok bakau ditanam di Hutan Simpan Balik Pulau, di Jalan Bharu di sini hari ini untuk memperkukuh kawasan berkenaan sebagai zon penampan ombak. 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, usaha tersebut juga diambil untuk memulihara ekosistem serta mewujudkan lokasi perlindungan hidupan marin di kawasan tersebut. 

Menurut beliau, inisiatif tersebut sejajar dengan misi MBPP  menanam 100,000 batang pokok di Pulau Pinang menjelang 2030. 

“Sejak 2008 hingga November tahun ini, kita berjaya menanam 54,856 batang pokok pelbagai spesies di beberapa lokasi termasuk di kawasan paya bakau sebagai usaha menghijaukan lagi negeri ini. 

“Kita yakin sasaran 100,000 batang pokok ditanam akan berjaya dicapai dengan komitmen serta kerjasama pelbagai agensi,” katanya ketika ditemui di Hutan Simpan Balik Pulau, di sini hari ini. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Muhamad Ezhar Yusof. 

Menurut Tung Seang, lebih 100 petugas MBPP turut membantu menanam anak pokok bakau di kawasan seluas satu hektar berkenaan hari ini. 

Dalam pada itu, Muhamad Ezhar berkata, secara keseluruhannya kawasan paya bakau di Hutan Simpan Balik Pulau adalah seluas 166 hektar dan setiap tahun pihaknya akan menanam anak pokok bakau serta spesies lain secara berterusan untuk mengekalkan ekosistem di situ. 

“Kawasan bakau ini adalah zon penampan ombak yang penting dan kita tahu kawasan ini pernah dilanda tsunami satu ketika dahulu dan pokok bakau dapat mengurangkan impak bencana tersebut. 

“Jadi kawasan paya bakau ini perlu sentiasa dipelihara supaya terus kukuh sebagai zon penampan ombak serta tempat perlindungan bagi hidupan marin,” katanya. 

Tambahnya, selain anak pokok bakau pelbagai spesies pokok lain seperti pokok api-api turut ditanam di kawasan hutan simpan itu kerana berpotensi menangani masalah hakisan. 

“Spesies pokok ini akan ditanam mengikut kesesuaian tanah dan secara berterusan di sini agar ekosistem paya bakau terus terjaga,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya