MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan sebanyak 112 calon bertanding setelah proses penamaan calon berakhir pukul 10 pagi tadi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pecahan itu melibatkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.
Katanya, terdapat tiga kawasan menyaksikan pertembungan enam penjuru.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRN Melaka di Wisma Persekutuan, Ayer Keroh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE